Sunday, October 16, 2011

Ingatan Berguna...

"Apabila seseorang itu berusaha mencari kebahagian setelah mengalami kegagalan, ia perlu beringat, kekecewaan baginya belum berakhir dan kegembiraan pula belum berputik... Semalam adalah suatu kenangan, hari ini adalah suatu kenyataan, manakala esok adalah suatu penantian. Kenangan semalam hemdaklah kita simpan buat pedoman di hari depan dan kenyataan hari ini hendaklah kita tempuhi dengan tabah tetapi kita juga harus bersedia untuk menanti hari esok yang mngkn merupakan suatu penyeksaan..."

Saturday, October 15, 2011

10 Sifat Calon Suami Yang Baik

Jika anda seorang wanita, carilah lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut.
Jika anda seorang lelaki, jadilah seorang lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut.

1. Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.

2. Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.

3. Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.

4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.

5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.

6. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.

7. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.

8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.

9. Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.

10. Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan.
"

Cantik dan Hodoh

"Pandanglah kecantikan hanya suatu keindahan yang bukan untuk diagungkan agung kan. Begitu juga janganlah memandang keburukan suatu kehodohan atau kecelaan. Bersyukurlah atas apa yang dikurniakan kepada kita. Kerana kedua duanya adalah anugerah Allah. "

C.I.N.T.A

"Cinta itu indah..
Cinta itu anugerah Allah..
Cinta juga pemusnah.. .
Bercinta tidak semestinya memiliki..
Berkasih tidak bererti disayangi.. .
Jadi apakah sebenarnya cinta?
Cinta sempurna adalah cinta kepadaNya..
Tidak layu, tidak tua dan kekal selamanya..
Dan sesungguhnya bahagia itu bukan sepertimana yang orang nampak,
tetapi sebagaimana yang kita rasa
"

Pengorbanan Seorang Perempuan

"‎"Secara lumrahnya, tubuh manusia cuma mampu menahan sakit sehingga 45 (unit) kesakitan. Walaubagaimana pun, ketika bersalin, seseorang wanita itu menghadapi kesakitan pada tahap 57 (unit) kesakitan. Ini bersamaan dengan kesakitan seperti patah 20 tulang pada masa yang sama. Oleh itu, hargailah pengorbanan dan jasa ibu serta isteri anda. :)" ♥"

BICARA HATI KELUARGA SEJAHTERA:

Pengubat sifat cemburu dan hasad dengki

"Hati adalah raja yang mengawal segala tindakan kita. Cuba tengok kita bercakap, ada kita fikir dulu baru cakap. Jawapnya tidak. Maka puncanya hati. Oleh itu jika akhlak kita masih rendah, maka itu tandanya hati kita sakit penuh penyakit. Ubatlah penyakit itu dengan zikrullah dan salawat melalui jalan tareqat"
Fakeh Khalifah Saka
BICARA HATI KELUARGA SEJAHTERA:

Keperibadian Wanita...

"Wanita yg dijaga oleh Allah, tidak sedikit pun Allah membenarkan mana2 lelaki menyentuh dirinya walaupun hatinya...kerana Allah teramat mencintainya...Tetapi, andai kita bergelumang dengan cinta lelaki, di mana Allah utk menjaga kita?...Allah seperti melepaskan kita kpd seorang manusia yg lebih banyak mengecewakan kita"
Jika Allah datangkan kesedaran dlm diri supaya meninggalkan cinta seorang lelaki, bermakna Allah mahu mengambil kita kembali utk dijaga-Nya...mengapa masih ragu2?..kekuatan usah ditunggu tp mesti dicari,..hargailah kesempatan yg Allah berikan...

"sebesar2 dosa adalah dosa yg dilakukan ketika kita rasa berdosa melakukannya"
~Imam Ghazali~"

BICARA HATI KELUARGA SEJAHTERA:

Iblis Azazil ...

"Petikan utk renungan bersama: " Selama 120 ribu tahun beribadah, Azazil si penghulu para malaikat dan si bendaharawan syurga. Menyandang semua gelaran kehormatan dan kemuliaan di setiap lapisan syurga. Selama 70 ribu tahun, dia menjadi penyembah Allah SWT yang paling taat. Oleh kerana kesombongannya. Maka, ibadah yang sangat luar biasa tersebut tidak berguna dan sia- sia."
BICARA HATI KELUARGA SEJAHTERA:

Doa Berguna

"Ya Allah
Arahkan Mulut kami agar slalu mnyebut NamaMu
Arahkan Mata kami agar slalu Melihat segala KagunganMu
Arahkan Telinga kami agar slalu mndengar Lantunan ayat SuciMu
Arahkan Tangan kami agar slalu Mngerjakan sesuatu yg baik,Brmanfaat
Arahkan Kaki kami agar slalu brjalan menuju keRumahMu,Masjid
Arahkan Jasad kami agar slalu berusaha Mencari Ilmu AgamaMu
Arahkan Qalbu kami agar slalu MngingatMu utk temui ktenangan"

BICARA HATI KELUARGA SEJAHTERA:

MENYUKAI LIMA hal dan MELUPAKAN LIMA hal

"Akan datang umatku di mana ia MENYUKAI LIMA hal dan MELUPAKAN LIMA hal. Mereka suka pada DUNIA dan melupakan AKHIRAT. Mereka suka pada HARTA sehinggakan melupakan hari HISAB. Mereka cintakan MAKHLUK sehingga melupakan KHALIQNYA Mereka suka BERDOA, tetapi lupa BERTAUBAT dan mereka suka RUMAH tetapi lupa pada KUBUR...
"

Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak Lima (5) Kali

1. Aku rumah yang terpencil, maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.
2. Aku rumah yang gelap, maka terangilah aku dengan selalu solat malam.
3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu,bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.
4. Aku rumah ular berbisa, maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar .
5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir, maka banyaklah bacaan 'Laa ilahaillallah, Muhammadar Rasulullah', supaya kamu dapat jawapan kepadanya.
"

BUATMU SRIKANDI ISLAM YG KU SAYANG

Dirimu terhias sebagai sebaik2 ciptaan..
Maka,,jadikanlah dirimu nisa' yg boleh menjadi mujahidah jihad di jalan ALLAH..
Jadikanlah dirimu antara fatayat yg dijulang..
Cantik dipandang,,tapi susah untuk dipegang..
Jadikanlah dirimu gadis manis yg x pernah kalah dengan redup panahan mata adam..
Andai benar cinta di hati,,jangan biar syaitan mengambil peluang..
Sesungguhnya wanita adalah kelemahan bagi lelaki..
Jangan biar dirimu menjadi fitnah buat agama..
Jangan biar cinta dunia itu buatmu membelakangkan cintamu pada agama..
Biar nafsumu hidup dalam tarbiyyah di jalan dakwah bertintakan darah dan air mata perjuangan,,
Dititip atas warkah penuh kemuliaan dan dikirimkan untuk mujahidah menuju ALLAH AZZA WA JALLA......"

BICARA HATI KELUARGA SEJAHTERA:

Iblis mempunyai 10 teman

1. Hakim yang tidak adil.
2. Orang kaya yang sombong.
3. Pedagang yang khianat.
4. Orang pemabuk/peminum arak.
5. Orang yang memutuskan tali persaudaraan.
6. Pemilik harta riba’.
7. Pemakan harta anak yatim.
8. Orang yang selalu lengah dalam mengerjakan solat/sering meninggalkan solat.
9. Orang yang enggan memberikan zakat/kedekut.
10. Orang yang selalu berangan-angan dan khayal dengan tidak ada faedah."

BICARA HATI KELUARGA SEJAHTERA:

Orang yang terkena penyakit UJUB

"Orang yang terkena penyakit UJUB akan memandang remeh dosa-dosa yang dilakukannya dan menganggapnya bagai angin lalu.RSAW bersabda: “Orang yang jahat akan melihat dosa-dosanya seperti lalat yang hinggap di hidungnya, dengan santai dapat diusirnya hanya dengan mengibaskan tangan. Adapun seorang mukmin melihat dosa-dosanya bagaikan duduk di bawah kaki gunung yang siap menimpanya.” (HR. Al-Bukhari)
"

Mengigati Kematian

"Ingatlah kematian dan peristiwa-peristiwa terjadi selepas itu;
tidak seorang pun yang dapat melepaskan diri daripadanya.
Kematian merupakan penentuan segalanya;
segala sesuatu menjadi jelas akibatnya.
Kubur boleh menjadi sebuah taman syurga;
dan boleh pula menjadi lubang neraka.
Jika ia baik, maka setelahnya itu
adalah kenikmatan yang tiada bandingannya dari Tuhan.
Jika ia jahat, maka setelahnya itu;
adalah kesengsaraan jauh lebih dahsyat.
Demi Allah, sekiranya kau tahu apa yang berlaku selepas itu;
tentulah kau tidak akan tertawa malah kamu akan banyak menangis."

BICARA HATI KELUARGA SEJAHTERA:

Kata kata hikmah

"Diam tidak bermakna lemah..
malu tidak bermakna sombong..
menangis juga tidak bermakna sedih.
senyum tidak bermakna gembira..
tersungkur tidak bermakna kita jatuh..

Kadang kala diam itu tandanya kita berfikir
dan malu itu tandanya kita berprinsip
menangis juga tidak semestinya bersedih,
tetapi mungkin menangis kerana sesuatu yg
paling utama dari yg utama..

Kadang-kadang juga senyuman yg terpamer
menunjukkan yg kita gembira..
tetapi sebenarnya melakar sejuta
lukisan hati yg tersembunyi penuh makna.
tersungkur bermakna HAMPIR jatuh..
tetapi tidak bermakna kita akan jatuh."
Rien As-Syuhadah
BICARA HATI KELUARGA SEJAHTERA:

Buat Mu Adam

"Buat seorang wanita, harta yg paling berharga di dlm hidup ini adalah seorang suami yg Shaleh, kepadanyalah, seorang istri akan merasakan kebahagian di dalam hidupnya dan di akhirat kelak, keberuntunganlah yg akan di terima seorang istri, jika dia mempercayakan hidupnya, memberikan segala cinta, perhatian, dan kasih sayangnya kepada suami yg shaleh, karena dirinyalah, seorang istri akan mendapatkan apa yg di dambanya, ketenangan, keteduhan, kedamaian, perlindungan dan cinta serta sayang…

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi Wasallam menilai bahwa suami yang terbaik baik adalah yang paling baik pada istrinya.

“Orang Mukmin yang paling sempurna Imannya ialah yang paling baik akhlaqnya, dan sebaik-baik kamu adalah yang paling baik kepada istrimu.”
(HR. Tirmidzi no. 2537)"

BICARA HATI KELUARGA SEJAHTERA:

10 Surah dapat Menghalang daripada 10 ujian Besar Allah

"1- Surah Al-Fatihah dapat memadam kemurkaan Allah SWT.
2- Surah Yasin dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat.
3- Surah Dukhan dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat.
4- Surah Al-Waqiah dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir.
5- Surah Al-Mulk dapat meringankan azab di dalam kubur.
6- Surah Al-Kauthar dapat merelaikan segala perbalahan.
7- Surah Al-Kafirun dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian.
8- Surah Al-Ikhlas dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq.
9- Surah Al-Falq dapat menghapuskan perasaan hasad dengki.
10- Surah An-Nas dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was.
"

Hakikat perjalanan

"Perjalanan hidup ini tidaklah seindah impian dan harapan. Seandainya kita menyedari hakikat kehidupan pasti diri kita tidak tenggelam dalam khayalan. Impian dan harapan yang keterlaluan sehingga lupa pada qada dan qadarnya.""

Pesanan Buat Wanita Jelita

"wanita yg Cantik Jelita melukis kekuatan mlalui kehidupan..
Bersabar di saat tertekan..
Tersenyum di saat hati menangis..
Diam saat terhina..
Mempersona kerana memaafkan..
Mengasihi tanpa syarat..
Bertambah kuat dlm doa & harapan."
BICARA HATI KELUARGA SEJAHTERA

7 MACAM PAHALA YANG DAPAT DINIKMATI SELEPAS MATI

Dari Anas r.a. berkata bahawa ada tujuh macam pahala yang dapat diterima seseorang itu selepas matinya.

1. Sesiapa yang mendirikan masjid maka ia tetap pahalanya selagi masjid itu digunakan oleh orang untuk beramal ibadat di dalamnya.

2. Sesiapa yang mengalirkan air sungai selagi ada orang yang minum daripadanya.

3. Sesiapa yang menulis mushaf ia akan mendapat pahala selagi ada orang yang membacanya

4. Orang yang menggali perigi selagi ada orang yang menggunakannya.

5. Sesiapa yang menanam tanam-tanaman selagi ada yang memakannya baik dari manusia atau burung.

6. Mereka yang mengajarkan ilmu yang berguna selama ia diamalkan oleh orang yang mempelajarinya.

7. Orang yang meninggalkan anak yang soleh yang mana ianya selalu mendoakan kedua orang tuanya dan beristighfar baginya.

8. Yakni anak yang selalu diajari ilmu Al-Qur'an maka orang yang mengajarnya akan mendapat pahala selagi anak itu mengamalkan ajaran-ajarannya tanpa mengurangi pahala anak itu sendiri.

Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah S.A.W. telah bersabda : "Apabila telah mati anak Adam itu, maka terhentilah amalnya melainkan tiga macam :

1. Sedekah yang berjalan terus (Sedekah Amal Jariah).
2. Ilmu yang berguna dan diamalkan.
3. Anak yang soleh yang mendoakan baik baginya. "

Tanggungan Dosa Lelaki

""Selangkah anak prempuan keluar dari rumah tanpa menutup aurat, maka selangkah juga ayahnya itu hampir ke Neraka. Selangkah seorg isteri keluar rumah tanpa menutup aurat, maka selangkah juga suaminya itu hampir ke Neraka"

Cuba fikirkan:
"Apa makna sebenar cinta, kasih syg pd ayah & suami sedangkan kita punca mereka terjerumus ke dalam neraka. Sanggupkah kita biarkan ayah yg banyak berkorban membesarkan kita juga suami yg kita kahwini ke NERAKA hanya kerana menanggung dosa2 kita di dunia."
"
BICARA HATI KELUARGA SEJAHTERA

Sahabat Sejati

"masihkah ada sahabat sejati di dunia ini...???
sahabat yg sanggup b`korban utk sahabatnya...
sahabat yg mendoakan kebahgiaan sahabat tnpa pengetahuannya...

sedarlah sahabat semua...ukhuwah yg plg rendah itu adalah salamatu sodr(b`lapang dada) dan ukhuwah yg plg tinggi adalah ithar (sggup b`korban utk org lain)"

Rahsia Surah Al-Kautsar   Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat dan diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kola...